Monday, November 29, 2010

seksyen eksyen

di dalam kehidupan seharian kite,
terdapat bermacam-macam jenis eksyen

di dalam dunia pekejaan, kite terdapat istilah
eksyen item, iaitu bermaksud pekare-pekare
yang perlu disiapkan sebab mendealah tu
telah disebut dan kite kantoi sewaktu miting.
so kene buat la kan?

di dalam dunia perfileman plak, terdapat istilah
"lights, camera, eksyen!", iaitu bermaksud
setelah director menyebot mendealah tu,
pelakon kene la teruih belakon babak lakonan
dan jangan lagi tehegeh-hegeh nak sms kawan

di dalam dunia perfileman jugak, terdapat istilah
eksyen hero, iaitu bemaksod hero yang belakon
adengan-adengan stunt, dan sangat susah mengalahkan
hero tesebot, walaupun telah dipukul, ditembak,
dilanggo dengan lori ikan, dan sebagainye

namun demikian, terdapat satu lagi jenis eksyen
yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat kite,
secare spesifiknye salah soghang kawan saye,
sebab kat umah die kat kuantan ade drive-thru kfc,
jadi die menjadik tersangatlah eksyen sampai
menyebabkan saye nak baleng die ngan karipap

itu sahaje renungan bersame untuk kali ini.
sekiantimekaseh

2 comments: